Tuesday 6 September 2011

Indahnya Hidup Dihiasi Kemanisan Iman


alt
Kemanisan Iman dapat dirasai bila sepenuhnya cinta adalah untuk-Nya,
Kemanisan Iman itu dirasai bila adanya sifat tawaduk dalam diri.
Adakah aku layak untuk merasai satu kemanisan Iman yang dijanjikan Allah untuk hamba-Nya?
Aku merasakan masih banyak dosa yang sudah aku lakukan,
Seringkali terlupa akan setiap pemberian-Nya,
Mula mencari cinta-Nya apabila dilanda musibah,
Masihkah ada ruang untukku mencari keredhaan-Nya?
Masih terbukakah pintu-Nya untukku?
Adakah aku telah terlambat untuk merebut cinta-Nya?
Aku tahu Imanku hanya setebal kulit bawang,
Jika digugat, pastinya terkoyak,
Jika dipelihara, pastinya akan bertambah tebal,
Bagaimana untukku pelihara harta ini?
Agar terus terpelihara,
Dari noda dan dosa yang menghancurinya,
Aku tahu bahawa kadang-kadang Iman kita menjadi kuat,
Mampu menangkis serangan syaitan laknatullah,
Aku tahu bahawa kadang-kadang Iman kita menjadi lemah,
Kalah dengan permainan iblis terkutuk,
Mula melupakan cinta pada Allah Azza Wajalla.
Iman ini merupkan pintu untuk pembentukan jati diri seorang insan,
Seorang insan yang hebat mempunyai Iman yang kental,
Tidak mudah tunduk dengan permainan hidup,
Seorang insan yang mempunyai Iman yang lemah,
Akan segera tunduk dengan permainan hidup,
Terus menyerahkan nasibnya tanpa terus berusaha,
Menganggap dirinya hina dan tidak mampu untuk berjuang.
Wahai semuanya,
Kemanisan Iman itu sentiasa ada untuk dirimu,
Terserah kepada kita untuk mencarinya,
Atau...
Melepaskan ia pergi.
ISN, 05 SEP 2011 14:52 | NURHIDAYAH | EDITOR: SRINKANDI MALAM
Sumber Grafik: Google Image

Friday 2 September 2011

Bahasa arab bahasa syurga…


bismillah...
asslamualaikum....

Hari ini aku baru beraya di rumah kawanku yang baru sampai ke Malaysia baru-baru ini.aku berasa sangat seronok kerana dapat berkongsi ilmu bersama mereka.kami berborak tentang cara hidup mereka disana ,cara belajar dan bermacam-macam lagi. Sedang seronok  berborak, bapa kepada kawanku mencelah  untuk mengenali diri masing-masing.aku berasa sungguh gembira kerana ayah kepada kawan aku adalah seorang mahasiswa dari timur tengah.dia berkata kepada kami ‘‘bahasa arab ni adalah bahasa yang pak cik paling suka kerana bahasa arab merupakan bahasa syurga.pak cik mula-mula macam kamu semua jugak tidak reti berbahasa arab apatah lagi nak berbahasa inggeris laginyer(sambil menunjuk gayanya sekali) jadinya pak cik terpaksa belajar bahasa arab kerana orang arab tidak faham cakap melayu.pak cik belajar bahasa arab dengan merangkak-merangkak dan cuba bercakap dengan orang arab walaupun tatabahasa tunggang langgang tetapi orang arab tidak ketawa bila tatabahasa  pakcik teruk malah mereka menolong dengan memperbetulkannya dalam 3 bulan pak cik sudah boleh bercakap sikit-sikit dan boleh aham apa yang dicakap oleh orang arab’’ wow aku berasa kagum dengan usaha beliau kerana beliau beusaha untuk menguasai bahasa arab dalam apa jua rintangan sekalipun . aku teringat kata-kata guruku  ‘‘ أحسن بلا شيء  ’’ lagi baik daripada kosong…
Beliau menyambung kembali  ‘‘sebenarnya masalah pelajar melayu di timur tengah yang sukar untuk bertutur dalam bahasa arab adalah kurang bergaul denagn masyarakat arab kerana pelajar disana suka bergaul sesama mereka pastu mereka suka duduk didalam rumah terperap dengan tonton movie dan lain-lain lagi.so bila nak beli barang susah so diam dan tunjuk dengan jari je tapi x nk tnye  barang yang dibeli dalan bahsa arab .dan satu lagi masalah pelajar melayu ialah mereka kurang bertanya dan suka berkata ‘‘ahh x pelah nanti aku buat lah’’ sepatutnya kita kena banyak bertanya supaya mudah kita dapat kosa kata bahasa arab yang digunakan seharian beside kita dapat berkenalan dengan orang arab tersebut.’’
So sekarang ak dapat simpulkan sebenarnya belajar bahsa arab adalah bergantung kepada diri kita sendiri supaya ble kita balik ke Negara kita ada kelebihan kita sebagai pelajar timur tengah.bahasa ini akan menaikkan lagi kredit kita semasa kita di alam pekerjaan.
Akhir kata fikir-fikirkannya bersama-sama
Salam…..